Run. Mix. Burn!

Friday 20 May 2011

Larian Hari Olimpik 2011



Date: 17 July 2011 | Sunday | 7:30am
Venue: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Distance: 7km, 5km and 3km
Website: www.mcdonalds.com.my
Detail and registration, here.

Penganjur sasar 10,000 sertai Larian Hari Olimpik Moden

KUALA LUMPUR - Penganjur bersama Larian Hari Olimpik 2011, McDonald Malaysia menyasarkan sehingga 10,000 peserta mengambil bahagian pada program tersebut pada 17 Julai ini di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Olimpik Moden.

Pegawai Senior Komunikasi Korporat McDonald Malaysia, Junaidah Mazlan berkata, sasaran tersebut berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima sejak mula menganjurkan acara tersebut bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 2004.

"Tahun lalu kita berjaya menghimpunkan lebih 7,000 peserta dan tahun ini kita yakin mampu mencapai sasaran yang ditetapkan dengan memperkenalkan dua kategori baru iaitu Kategori Keluarga dan Berkumpulan," katanya pada sidang akhbar sempena acara tersebut di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi.

Lima atlet olahraga kebangsaan dijangka mengambil bahagian dalam larian sejauh tiga hingga tujuh kilometer.

Mereka ialah atlet marathon negara, Shahrudin Hashim, pelari jarak jauh M.Vikneswaran, R.Venugopal, Sameul John Moses dan Badrul Hisham.

Penganjur menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM18,975.

..from Aiman Cheah

Labels: ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home