Run. Mix. Burn!

Monday 11 November 2013

Photos: Harian Metro MountainBike Grand Prix 2013

Merbok. Hanya 10km dari kediaman. Jadi photographer tak resmi untuk acara Harian Metro MountainBike Grand Prix 2013. Sirkit Merbok merupakan siri ke 4 daripada 5.

Bawa moto sendiri ikut track kayuhan bagi kategori Jamboree. Sejauh 44km merentasi laluan bertar, kawasan UiTM Merbok, perkampungan, tanah merah dan kebun kelapa sawit yang berbukit-bukau.

Lebih 600 gambar diambil sepanjang laluan kecuali laluan UiTM Merbok yang memaparkan pelbagai reaksi daripada para peserta. Antaranya.. gambar dikategori PG-13 dimana seorang peserta terjatuh dan terhantuk batu ditepi jalan - muka berlumuran darah. Harap kecederaan beliau tidak serius.

Boleh dicapai pada link di FB - Gambar Harian Metro MountainBike Grand Prix 2013

Bahagian 1/3
200 gambar pertama dari Muzium hingga CP1. Berlaku kemalangan kecil di hadapan Rumah Seri Merbok di jalan antara Muzium dan Simpang pekan Merbok

Bahagian 2/3
200 gambar kedua dari CP1 hingga sebelum CP2. Selepas CP1 dan laluan bertar di pekan Semeling, peserta melalui laluan belakang bukit University AIMST. Antara laluan trail run saya dihujung bulan.

Laluan flat, tanah merah dan sedikit berbatu. Melalui kawasan kampung dan penternak ayam serta kawasan kelapa sawit.

Berlaku kemalangan.. agak kritikal keadaan peserta tersebut. Muka berlumuran darah terhantuk batu di tepi jalan kata kawan dibelakang beliau. Harap tiada kecederaan serius.

Bahagian 3/3
231 gambar terakhir dari sebelum CP2 hingga simpang empat depan UiTM Merbok.

Bukit selepas CP2 di kampung To' Pawang cukup mencabar. Enjin moto 2strokes aku pon bau hangit. Pakai gear 1~2 ajer. Yang berkayuh tuh.... depa yang dalam gambaq ni pesan kat aku soh buat super impose :)

Harian Metro MountainBike Grand Prix 2013

Labels: , ,

0 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!

Post a Comment

<< Home