Run. Mix. Burn!

Thursday 26 November 2009

Where did i jog? - Jambatan Pulau Bunting, Yan.

Mungkin tak ramai yang tahu di Yan, Kedah terdapat sebuah pulau yang direntangi oleh sebuah jambatan sepanjang 2.5km. Ianya terletak antara Pekan Sungai Limau dan Sedaka.

Struktur jambatan ini boleh dikatakan 98% siap. Cukup cantik. Macam jambatan Pulau Pinang. Cuma laluan dari jalan utama ke jambatan ini teruk sikit. Jalan berbatu, becak dan leceh jika hujan.

Boleh dikatakan salah satu projek gajah putih oleh kerajaan negeri Kedah. Sehingga kini tujuan asal binaan jambatan ini tidak diketahui. Difahamkan jambatan ini dibina oleh syarikat GAMUDA dimana pemilik projek adalah JKR.

Saiz Pulau BUnting pula agak kecil lebih kurang 300m x 200m. Pantainya berbatu, kurang sesuai untuk mandi-manda. Kebanyakan pengunjung adalah terdiri daripada pemancing, mat-mat rempit dan pejalan kaki.

Cuma motosikal dan basikal sahaja dapat melalui jambatan ini hingga kehujung seterusnya ke Pulau Bunting kerana pagar dibina untuk menghalang kemasukkan kereta. Kalau datang dengan kereta mungkin boleh tanya/sewa motosikal mat-mat rempit yang sedang lepak.




Macam lari atas Jambatan Pulau Pinang














Cari ketam batu di Pulau Bunting





Ikan senagin

Labels: ,

2 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



Post a Comment

<< Home