Run. Mix. Burn!

Sunday, 29 June 2014

Kuala Gandah - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Kuala Gandah - Dah banyak tahun dok rancang nak bawa bebudak tapi tak kesempatan. Lagi pon jarang ada tugasan disekitar Shah Alam. Cuti sekolah 2 Jun yang lalu ada majlis kenduri sedara terdekat jadi aku luangkan seharian untuk ke Lanchang, Pahang.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah menumbuhkan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah pada tahun 1989. Bagi menjalankan program pemindahan gajah sejak dari tahun 1974.

Uniknya.. ia berperanan untuk menempatkan semula gajah2 liar yang habitatnya telah diambil oleh kawasan pertanian kemudian memindah semula ke kawasan perlindungan seperti Taman Negara

Selain itu ia turut berfungsi sebagai pusat perlindungan gajah denak dan liar yang memerlukan rawatan serta memberi maklumat + kesedaran kepada orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah negara kita.

Dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya timur-barat (Karak), keluar Tol Lanchang ambil arah ke kanan menghala Kuala Gandah yang terletak kira2 10~15km dari Tol Lanchang.

Kebetulan kitaorang sampai seawal 11:30pagi jadi dapat kami sertai keseluruhan aktiviti yang disediakan oleh pihak jabatan

Sebaik selesai makan tengahari diwarung berhampiran kitaorang ikuti tayangan video dokumentari tentang aktiviti pemindahan semula gajah liar. Selama 1jam lebih maklumat yang ditayang, cukop menarik dan berinformasi terutama pada anak2 yang bersekolah.

Pastikan bawa pakaian lebih dan tuala. Kerana ianya tidak lengkap jika tidak mandi bersama gajah. Bayaran yang dikenakan adalah RM30 + (berapa peserta). Peserta dewasa RM10 dan kanak2 RM5. Jika datang bersama 6 sekeluarga maka RM30 + (2 x dewasa) + (4 x kanak2). RM30 adalah kadar untuk Guide sepanjang aktiviti didalam pusat konservasi.

Selain lawatan di Pusat Konservasi, jangan lepaskan untuk melawat Deerland yang terletak berhampiran.

Sebuah mini zoo yang diusaha oleh orang perseorangan. Ianya lebih pada konsep terbuka dimana pengunjung boleh membelai dan mempelajari sifat haiwan sambil diawasi oleh petugas yang ramah memberi maklumat binatang tersebut.

Brochure Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Deerland Park, Lanchang, Pahang
La ni depa tau sapa tu.. Sonic, Jumbo, Linny (Wonderpet) dan Sven (frozen).

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Labels: , ,

5 Comments:
Did You Enjoy this Post? Subscribe to Run.Mix.Burn!



  • Very informative. Ingat dah tak bagi mandi dengan gajah. Pertunjukan gajah juga menarik masa saya pergi 3/4 tahun dahulu.

    By Anonymous Anonymous, at 6:23 am  

  • Beberapa tahun lalu saya dengar mcm tu - xbley mandi dgn gajah. Pertunjukan, lebih pada pendidikkan bukan aksi sarkas.

    Memang menarik berbanding di Thailand

    By Blogger aharis, at 11:18 am  

  • Sekarang kena bayar RM10 untuk dewasa ya? Ingatkan masuk percuma. Cuma bayar guide sahaja RM30.

    By Blogger Unknown, at 12:47 am  

  • 1. Masuk ke Pusat Konservasi adalah percuma. Bley tengok2 serta kasi makan (makanan untuk gajah kena beli kat situ)

    2. Jika nak mandikan gajah. Guide RM30 (wajib) + Dewasa RM10 (per head) + Kanak2 RM5 (per head)

    By Blogger aharis, at 4:36 pm  

  • I see. Thank you for the info!

    By Blogger Unknown, at 4:45 pm  

Post a Comment

<< Home