Run. Mix. Burn!

Sunday, 12 March 2017

Report: Dragon Back Spine Beach Run

Dragon Back Spine Beach Run
Tanyong Po, Satun, Thailand
11-12 Februari 2017
4km - Haris, Cikgu dan Jasmin 8th.

Dragon Spine Beach yang terletak di Tanyong Po (Tanjung Pauh) diwartakan sebagai The Miracle Satun atau Unseen Thailand. Ia adalah beting pasir yang muncul di tengah lautan ketika air surut dan memisahkan lautan atau dalam bahasa tempatan "Thale Waek"

Difahamkan terdapat lebih 10 benting pasir sebegini antara Satun hingga ke Trang. Tetapi di Tanyong Po adalah yang terpanjang. Hampir 4km bersambung antara pulau ke pulau.

Menurut cerita penduduk tempatan, ianya berkaitan dengan kisah lagenda dimana berlaku pertempuran antara sang Naga (Great Dragon of Ban Pak Ngu) dan sang Helang (Great Eagle of Langkawi). Lalu sang Naga kalah dan terdampar mati di sini. Badannya tenggelam didalam air dan boleh dilihat ketika air surut.

Secara ringkas salah satu Unseen Thailand di Satun yang diolah dari blog Pudin TTG.

Bagi aku Dragon Spine Beach Run cukop unik. Antara larian yang rare dan menarik di Thailand. Dok teringin sejak 4-5 tahun yang lalu.

TanyongPo, Thailand... Nun jauh diseberang sempadan. Nak lari 4km. Ahad merupakan hari persekolahan cikgu serta anak2. Masuk ikut WangKelian, keluar BukitKayuHitam - satu keputusan yang cukop mencabar prinsip diri.

Aku ambil keputusan untuk bawa bersama keluarga sambil berlari, bermain air di pantai dan pelajari kejadian alam.

Dragon Back Spine Beach Run

Sabtu. 11Feb2017. Wang Kelian. 4pm.
- Isi petrol penuh2.
- Solat jamak
- Cop 3 borderpass + whiteCard. Komisen RM8
- Isi borang kastam (kereta). Komisen RM10. Hareee.. kat sini lagi tinggi.

CheckIn Meesuk Hotel di Chalung, Satun. 600baht. Bilik luas untuk 6 beranak kami. Bersebelahan masjid. Maghrib dan subuh, settled kat masjid ni

Dragon Back Spine Beach Run
Layan depa makan ais-krim
Dragon Back Spine Beach Run

Menarik di Chalung (persimpangan ke PakBara), ramai peniaga muslim disini. Banyak warung makanan diwaktu malam. Pelbagai kuih-muih dan makan tempatan dijual di kiri+kanan jalan. Kami beli dan bungkus makan malam ke bilik hotel.

Ahad. 12Feb2017. Pekan Chalung. 6am
Sesudah subuh di masjid Chalung di hadapan Pejabat Agama, kitaorang cargas ke pasar pagi. Favorite aku kalau berada ditempat asing.

Dragon Back Spine Beach Run
Jangguih bakar disalut likatan gula merah
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Pasar pagi di Chalung. Kebanyakan peniaga muslim.

Disini kita boleh lihat budaya, makanan dan aktiviti penduduk tempatan - pi cari breakfast sama.

Dragon Back Spine Beach Run
Singgah sini sekejap. Kena saman sebab parking berlawanan arus
Dragon Back Spine Beach Run
300baht... fuh! Tambah lagi satu 0 kat belakang, kitaorang cargas balik
Dragon Back Spine Beach Run
Khemah pendaftaran

1pm. CheckOut. Cargas ke TanyongPo.
Yuran daftar cuma 200baht seorang = Ia termasuk baju tshirt, kupon makan 100baht dan tambang bot pi dan balik - Murah gila. Tempat pendaftan terletak kawasan lapang ditepi pantai.

Dragon Back Spine Beach Run

Aku daftar 3 peserta = Aku, cikgu dan Jasmin. Lelain jadi penyokong. Baju event cantik tapi sayangnya cuma size XL saja yang ada.

Dragon Back Spine Beach Run

Terdapat banyak gerai menjual makanan dan produk laut tempatan seperti belacan, ikan kering, ikan bakar, pekasam, buah-buahan dan sebagainya.

Dragon Back Spine Beach Run

Kitaorang beli makan tengah hari menggunakan kupon 300baht sementara menunggu untuk ke jeti.

Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run

Dragon Back Spine Beach Run

Jam 4pm MY
Pihak penganjur menyediakan beberapa kereta pickup untuk membawa peserta ke jeti. Kemudian menaiki bot ke lokasi larian yang terletak di tengah laut.

Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Hujung tu.. Pulau Ubi
Dragon Back Spine Beach Run

Tengah laut. Air masih belum surut sepenuhnya. Kami mendarat di Pulau Ubi yang didiami tak sampai 20 buah rumah, sambil menunggu air surut.

Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run

6pm - Sekali lagi kitaorang naiki bot ke beting pasir di tengah laut.

Dragon Back Spine Beach Run

Pihak penganjur sibuk menyiapkan kelengkapan acara seperti belon gerbang start/finish, streamer dan penetapan lokasi U-turn sambil di dendang lagu2 hits siam.

Dragon Back Spine Beach Run

Agak panjang kewujudan beting pasir. Sayup mata memandang. Ianya terdiri pasir2 pantai dan cengkerang siput.

Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run
Dragon Back Spine Beach Run

Cuma Aku dan Jasmin berdiri digaris mula. Cikgu pemain simpanan. Kami tak pakai kasut. Cuma berstokin untuk elak diluka oleh cengkerang siput. Agak sukar berlari pada mulanya. Kaki kerap tenggelam dalam pasir.

Dengan angin laut bertiup dan suasana senja + berangin - aku jadi ralit jog selow. Sengaja aku tak set stopwatch. Dok layan matahari yang kian berlabuh diufuk. Masih pacing bersama Jasmin.

U-turn. Aku mula tekan. Mencanak lari di beting pasir potong hat bateri low. Ada seketika harus harungi air laut setinggi buku lali saja. Sambung tekan sampai garis penamat. Medal?.. tak dak. Cuma tawarkan trofi untuk top3 saja.

Dragon Back Spine Beach Run

Jasmin tamatkan larian tempat ke-8. Hadiah perlu dituntut di lokasi pendaftaran kata penganjur.

Kitaorang terus sambar bot untuk bergegas pulang kerana ketika ni hari sudah hampir waktu maghrib. Handphone dah habeh bateri..

Mandi dan salin pakaian di masjid berdekatan dengan jeti. Kebetulan ada majlis jamuan, kami sekeluarga tolong habiskan bihun goreng depa dan terus pulang ke Malaysia melalui pintu Bukit Kayu Hitam.

Dragon Back Spine Beach Run
Produk tempatan sebagai hadiah top10 - Belacan

Alhamdulillah sempat masuk Bukit Kayu Hitam 10 minit sebelum pintu sempadan di tutup pada jam 12 tengah malam.

Labels: , , , , ,

Saturday, 24 December 2016

Report: Pong Yaeng Trail Run 2016 - Part2

Pong Yeang Trail Run | 10-14 November 2016
Pong Yeang, Chiang Mai, Thailand
66km, 30km dan 10km
Aznan, Azwan, Budin, Haris, Citt, Zanna dan Shidah

Pong Yeang Trail Run 2016

Sambungan catatan hari pertama.

Hari ke-2

Subuh. Hujan lebat lebat. Tiada tanda nak berhenti dalam 1-2jam ni. Kami redah ronda pasar pagi di sekitar masjid berhampiran dengan Anusarn Market. Cuma 100-200meter daripada hotel.

Ada beberapa stall dan restoran yang menyajikan makanan halal. Kebanyakan peniaga dari bangsa asing dari Pakistan, Bangladesh dan warga tempatan cina-muslim menjual sayuran, buahan, keperluan-dapur, daging, ikan, makanan kering dan makanan basah.

Beli kuih-muih tempatan dan bersarapan di restoran sebelahan masjid yang sedang dibaik-pulih.

Aktiviti yang sebegini dapat melihat suasana sebenar penduduk tempatan.

11-12pm
Sewa sebuah kereta Nissan Almera pada kadar 1000b dan 300b untuk  motosikal honda 150cc sehari. Setelah berbincang bersama pemilik, kami mendapat tempoh lanjutan sewaan pada kadar yang sama.

1pm
Check-out Tapae Inn. Kitaorang ronda2 sekitar pekan CM terutama di Tapae Gate sebelum menuju ke Mae Rim yang terletak 15-20km.

Antara yang menarik perhatian di Tapae Gate adalah ikan talapia yang hidup sihat di sepanjang sungai ditengah bandar CM. Cukup banyak dan gemuk-gemuk. Maksudnya.. sistem peparitan disini amat baik dan airnya bersih sehingga ikan membiak dengan galaknya.

3pm
Check-in Wanida Hostel. Bagi aku budget hotel bertaraf 5 bintang. Amat dicadangkan jika mencari penginapan disekitar Mae Rim atau mencari kelainan atau 'melarikan diri' dari suasana bandar - ikuti catatan saya dalam 'Menarik di Chiang Mai + Mae Rim, Thailand'

Dengan perut yang masih penuh dengan sarapan pagi tadi, kami terus ke lokasi pendaftaran Pong Yeang Trail Run di Queen Sirikit Botanical Garden. Terletak 10km dari Wanida Hostel.

Hujan renyai2 dan lebat seketika. Aku dan Nan sebagai pembonceng terpaksa berhenti beberapa kali.

QSBG, merupakan taman diRaja. Cukup cantik dengan tanaman bunga-bungaan dan dijaga rapi. Kami tak sempat bergambar sekitar QSBG kena hujan semakin rancak.

Pendafaran acara berjalan lancar. Kami berkenalan rakan  Facebook dari Bangkok. Berbual seketika sebelum bergambar bersama penganjur PYTR.

7pm.
Perut mula berkeroncong. Hebat kali ni. Sebab pekena brunch lewat pagi tadi. Kembali ke Mae Rim. Pusing 2 kali mencari stall atau restoran halal - harapan tipis. Kebetulan ada pasar malam hala ke hostel Wanida. Agak luas dan ramai peniaga tapi malangnya tiada makanan halal.

Keesokkan harinya kami terjumpa sebuah restoran muslim di daerah Mae Rim. Kira-kira 5km dari Wanida Hostel

9pm.
Rakan berkereta kembali ke hostel dengan sotong bakar dan buah-buahan dari pasar malam. Aku dan Nan cargas ke 7Eleven sebagai pilihan terakhir.

Di 7Eleven, ada nasi campur sejuk-beku yang dilabel halal - sempoi. Kitaorang kembali dan panaskan dalam microwave di hostel.

Barangan di 7Eleven agak murah berbanding di Malaysia. Biasanya aku akan shopping barangan seperti cokelat, snack dan gula2 sebelum kembali pulang ke MY.

12pm
Persediaan dan kelengkapan untuk acara Pong Yeang Trail Run esok - Tidur.

Pong Yeang Trail Run 2016
Mamat ni dok jogging tengah hujan depan hotel
Pong Yeang Trail Run 2016
Pasar pagi. Punca aku bangun subuh awai2
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Samosat
Pong Yeang Trail Run 2016
Nasi briani
Pong Yeang Trail Run 2016
Lempeng jagung
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Breafast + lunch = Brunch
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Hotel budget kitaorang
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Hiasan dalaman hotel Tapae Inn
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Jika peminat barang antik. Jemput mai tidoq sini.
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Sungai yang bersih ditengah bandar Chiang Mai. Penuh dengan ikan talapia. Rasa nak tauk jala.
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Macam kat London la plak
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Kembali ride macam di River Kwai
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Queen Sirikat Botanical Garden
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Bersama Nam - Orang kuat penganjur PYT
Pong Yeang Trail Run 2016
Pong Yeang Trail Run 2016
Passport. Perlu di cop disetiap check-point.
Pong Yeang Trail Run 2016
Racing esok. Ready!

Labels: , , , , ,