Tarikh: 02 Disember 2015 | Selasa | 7:30am (waktu Indonesia)
Tempat: Berastagi, Sumatera Utara, Indonesia.
Percutian sekeluarga. Lama dok plan/rancang nak bawa bebudak ke sana sejak pertama kali aku jejak Medan, Indonesia pada tahun 2006 dengan rakan sepejabat.
Kebetulan ada sepupu kahwin dengan orang Medan dan kitaorang pula memang rapat, jadi separuh daripada 8D7N di Medan, kami berada di rumah keluarga sepupu di Lubuk Pakam yang berdekatan dengan lapangan terbang baru Medan - Kuala Namu.
Disana, aku ambik pakej kembara 4D3N ke bandar Medan, Berastagi dan Perapat/Danau-Toba beserta pemandu. Kadar sewa juru-pandu serta kereta Daihatsu Xenia atau dikenali Toyota Advanza di Malaysia berharga RM100 sehari. Itu tidak termasuk minyak dan penginapan. Keseluruhan kos petrol perjalanaan 4D3N lebih kurang RM100.
Catatan kali ini lebih tertumpu pada kembara mendaki gunung berapi Sibayak bersama keluarga (Cikgu, Alauddin 14tahun dan Jasmin 12tahun). Harap ia dapat memberi sedikit idea atau kelainan aktiviti bagi yang merancang ke Berastagi/Medan.
Terdapat 2 gunung berapi di Berastagi - Sibayak dan Sinabung. Kedua-duanya masih aktif terutama Sinabung. 2 minggu selepas kami pulang, kepulan asap setinggi 2000 meter boleh dilihat dan difahamkan debu gunung-berapi boleh sampai hingga ke Lubuk Pakam yang terletak 90km. Kali terakhir Gunung Sibayak meletus pada tahun 1881 berdasarkan maklumat di
wikipedia dan sekarang ia di kategori-kan selamat untuk di daki.
Juru pandu ke Gunung Sibayak adalah saudara
Abdy Landron Sitanggang. Orangnya cukup periang dan mudah berbicara. Kekadang jenakanya memecah kesunyian ketika mendaki. Pelbagai tumbuhan2 herba dan kegunaan diceritakan sepanjang perjalananan membuat cikgu dan anak2 tak kering gusi dan terlupa pada kepenatan.
Bermula di stesen akhir pintu masuk Gunung Sibayak. Yuran masuk antara rp5000 ~ rp10,000 (Aku tak berapa pasti/ingat berapa kadarnya) tapi tak mahal. Mungkin antara RM3~RM5 seorang.
Signboard pada rumah pendaftaran
Rumah pendaftaran. Entrance fee dikenakan. Kebetulan penjaganya pernah bekerja di Malaysia, jadi loghat
percakapan aku mudah difahaminya. Aku dilayan sembang sambil di bantu oleh saudara Abdy menulis maklumat pendaftaran.
Kemudian kami berkereta kira 1km melalui laluan bertar yang berlubang dan berbatu-batu. Alhamdulillah Xenia@Advanza mampu menempuhi. Jarak antara Gunung Sibayak dan pintu masuk adalah 4.8 atau 5km. Jika naiki 4WD mungkin boleh bawa hingga penghujung jalan dan sambung mendaki 3km ke puncak. Kitaorang berhenti pertengahan dan sambung mendaki ke puncak sejauh 4km.
Antara laluan pendakian
Laluan pendakian tidaklah sesukar mana. Rasanya anak2 sekolah rendah mampu sampai ke puncak. Tujuan utama, aku ingin dedahkan mereka supaya hargai alam semula-jadi dan melihat suasana/fahami kejadian gunung berapi.
Disajikan suasana sejuk dan pemandangan flora dan fauna yang indah, gunung yang masih mengeluarkan wap panas, bau-bauan belereng, sulfur, aliran air panas yang mengelegak, batu-batuan larva yang telah keras... membuatkan mereka terlupa penat lelah mendaki.
Satu pengalaman baru bagi mereka, cikgu dan aku sendiri sambil menuruni hingga ke bawah kawah gunung berapi yang berbentuk hati.
Disamping itu juru-pandu saudara Abdy yang juga bertindak sebagai jurukamera, Merakam aksi dan memberi penerangan ilmiah berkenaan gunung berapi kepada kami.
Wap panas yang kuat bunyinya.
3 jam perjalanan naik dan turun berasa amat singkat. Keletihan langsung tidak dirungut oleh Jasmin dan Alauddin malahan kegembiraan lebih terpacar melalui aksi, telatah, jeritan, sambil bertanyakan pelbagai soalan pada aku/cikgu dan Abdy.
Alauddin menulis nama di kawah.
Jasmin tinggalkan nama diatas batu
Wap panas yang mengeluarkan sulfur dan belerang
Lopak kawah Gunung Sibayak
Lopak kawah berbentuk hati. Terdapat banyak nama disusun dengan batu-batu
8 hari di Medan, hari ini yang paling best!
Berlari seorang mendaki puncak.
Perjalanan pulang
Antara team terpaksa di tinggal di bilik. Diaorang join untuk mandi air panas
Perjalanan kami diakhiri kawasan perkampungan air panas yang terletak kira 3km dari hentian kereta di kaki gunung Sibayak. Aishah berusia 2 tahun, Fansuri dan sepupu mereka Anis bersama pemandu kereta Arwin setia menunggu kami di kereta untuk menuruni dari gunung.
Di pertengahan perjalanan Abdy tunjukkan kami stesen eletrik (Geothermal Power Plant) yang menjanakan tenaga eletrik dari wap2 panas gunung berapi. Keseluruhan Berastagi dibekalkan oleh tenaga hijau katanya.
Menuju kolam air panas
Geothermal Power Plant
Jam 1pm (IND time), suhu masih sejuk. Mandian air panas amat di tunggu oleh anak-anak dan sepupu mereka. Terdapat banyak tempat mandian air panas di kawasan perkampungan di situ. Saudara Abdy bawa kami ke tempat yang bersih dan berpatutan harganya.
Kebetulan hari itu hari Selasa, bukannya hari liburan maka tiada pengunjung selain dari kami... 2 kolam sederhana panas ditawan oleh kami...
KEDEEEBUUUISH!!!
Abdy - jurupandu gunung dan Erwin - jurupandu percutian.
Buah kegemaran - pisang kaki.
Medal - batu larva tahun 1881 dan sulfur dari Gunung Sibayak.
Gambar ehsan dari Abdy@
Berastagi Nachelle Homestay. - Terima kaseh.
Labels: family, indonesia, info, report